Cuba awak tekan

31 January 2019

Dah masuk 2019?!


Masa ni pukul 4-5 petang camtu. Baru lepas hantar assignment kat bilik lecturer ye. 
Payus yang tangkap gambar ni sebab masa ni hari jadi aku tapi busy dengan assignments etc so aku cam "Ha payus kau amek gambar aku cepat, harini birthday aku tapi aku still kat uia!" tanpa pengetahuan selepas tu Payus kidnap aku bawak merata lepastu diorang buat birthday suprise like omg what did i do to deserve kind hearted friends T_T

Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa-hi friends!

How's your life going?

Sekarang tengah cuti sem baru la ada masa nak tulis blog. Sekarang cuti sem 2nd year 2nd sem. Next sem dah masuk year 3. Ya Tuhan, time flies so fast. Dah lama jugak ye aku study kat aikol. Like I reallY DID THAT? Hahahaha alhamdulillah bertahan jugak aku sampai tahap ni. Lagi setahun, lepastu cukuplah 4 tahun degree di aikol. InsyaAllah, doakan aku.

To be honest, i miss blogging so much. Back in high school days, i used to write and edit A LOT. Cuti sem sekarang tak lama, not even a month! Sebab finals last sem habis betul-betul last day exam. Sobs sobs, oh ye masatu paper criminal 2 ye. Hahahaha, orang lain semua dah balik, batch aku je cam sedih krik krik jawab exam kat aikol.

Sekarang dah macam dewasa sikit, masuk tahun baru macam takde feeeling. Ingat lagi, dulu excited ye bising kat mama ayah nak tengok bunga api itu ini, kira countdown to new year bagai. But now, meh, i would rather sleep and binge watch kdrama. Macam ni ke jadi dewasa????? I didnt see this coming.....hahahahaha boring.

My new year resolutions? Aku pun tak tahu 2018 punya resolutions dah tick off ke belum. Hahahaha semua ni sebab busy ye. Kalau cuti sem pun, aku tidur je. Tengok-tengok dah habis tahun. But this year, aku macam nak ada sikit resolutions. Wah kau leka, yakin je. Hahahahaha, haruslah yakin! Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi?

1. Healty lifestyle!

Ye kawan-kawan, aku nak stop cut minum air manis, makan makanan berminyak etc. Aku dah aim nak buat ni dengan Payus. Semingu masuk tahun baru, aku berjaya tahan. Minum air masak je. Breakfast, aku makan telur rebus or half boiled eggs with toast. Lunch makan nasi suku, lauk amek banyak. Dinner before 6 petang. But then again, diet aku jahanam bila paper succession. Hahahahahhaa. Aku ada 2 paper lagi awal Januari 2019, succession (faraid) & criminal 2. Masa paper succesion, kitorang buat study group. Malam tu lapar gila, lepastu fikir nak exam tak boleh perut kosong so kitorang pergi cafe Halimah, makan. Hahahaha, nik, pia, payus makan chicken chop. Aku makan nasi goreng kampung, teh oh ais ikat tepi.

Sekarang dah habis finals, aku harap aku akan back to the old routine and start fresh! I can do this! Ye lagi satu, nak jogging satu uia setiap petang dengan Payus. Last semester, wish aku macam ni jugak. But then, hampeh. Lepas tutorial petang, penat-penat tu balik bilik tido. Maghrib baru bangun. Hahahahah, mari doakan aku berjaya! 

2. Be a better person.

Aku nak stay positive. Thats it. Simple. Back then, (during 1st-2nd year degree) aku selalu down and rasa tak cukup. Faham tak? Takde siapa pun but aku rasa when things become hectic, that is when kau rasa down. Overwhelmed by things around you. Assignment berlambak, event itu ini, deadlines, perangai kawan, family and many more. Aku bersyukur ada kawan-kawan yang positve. They always remind me to stay positive, tanya aku ok ke tak etc. 2019 ni aku nak stay positive, be a better version of myself. Dah taknak rasa down! I can do this! Aku nak jadi hamba yang baik, solat cukup 5 waktu, anak yang baik, kakak yang baik, kawan yang baik, semua lah yang baik. Jom jadi seorang yang positif! 

3. Menabung

Gosh. Menabung is very HARD okay like seriously. Dulu time foundation dekat CFS PJ, aku rajin menabung. Everyday aku akan simpan at least RM 1. Bila emergency, ada jugak guna duit tabung. Tapi sekarang malas menabung. Sikit-sikit duit guna untuk makan, shopping etc. Tak boleh salahkan diri sendiri jugak kan sebab students need some time off to release stress kan? Hahahaha, pandai aku bagi alasan. Okay in a serious note, aku kena menabung balik. Ayuh menabung! 

Ada banyak lagi tapi ni 3 perkara yang penting. Nanti dah masuk 2020, kita tengok sama ada aku fulfill ke tak resolutions ni. Aku harap, ada la jugak aku buat. Semoga tahun baru 2019 membawa banyak rezeki untuk kita semua!